Wednesday, March 24, 2010

PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI (4X100METER)


Pelari pertama
 Dapat memulakan larian dengan baik.
 Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap semasa menerima baton.

Pelari kedua
 Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.
 Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.

Pelari ketiga
 Pantas berlari di bahagian selekoh.
 Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.

Pelari keempat
 Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya.
 Pantas berlari di bahagian lurus.
 Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu kerana pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari daripada pasukan lawan.