Wednesday, March 24, 2010

PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI (4X100METER)


Pelari pertama
 Dapat memulakan larian dengan baik.
 Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap semasa menerima baton.

Pelari kedua
 Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus.
 Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.

Pelari ketiga
 Pantas berlari di bahagian selekoh.
 Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.

Pelari keempat
 Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya.
 Pantas berlari di bahagian lurus.
 Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu kerana pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari daripada pasukan lawan.

peraturan lari berganti-ganti

PERATURAN-PERATURAN
 Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain.
 Baton hendaklah diserah di dalam zon pernukaran baton. Kedudukan baton yang akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton di luar zon penukaran akan mengakibatkan pembatalan.
 Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan pasukannya dibatalkan.
 Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan pembatalan.

teknik penukaran baton lari berganti-ganti

TEKNIK PENUKARAN BATON

Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:

a) Pergerakan ke atas (upsweep)

b) Pergerakan ke bawah (downsweep)

Pergerakan ke atas (upsweep)

Ø Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.

Ø Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah.

Ø b1Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk ‘V’ yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.

Pergerakan ke bawah (downsweep)

Ø Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.

Ø Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. Apabila baton dihantar kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

b2b2