Wednesday, March 24, 2010

teknik penukaran baton lari berganti-ganti

TEKNIK PENUKARAN BATON

Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa penukaran baton iaitu:

a) Pergerakan ke atas (upsweep)

b) Pergerakan ke bawah (downsweep)

Pergerakan ke atas (upsweep)

Ø Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.

Ø Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah.

Ø b1Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk ‘V’ yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.

Pergerakan ke bawah (downsweep)

Ø Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.

Ø Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. Apabila baton dihantar kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

b2b2